Saturday, 29 March 2014

❣ B.E.R.H.I.J.A.B ❣

I just wish I could stop being me .

Assalamualaikum wbt .

Aku nak kongsikan sesuatu dekat korang . Okay . Macam ini , kalau tak silap aku , masa aku form 2 kot . Kawan aku cakap dekat aku .

"1 helai rambut bersamaan 1000 tahun di neraka . Cuba bayangkan betapa berlipat kali ganda dosa awak bila awak letak gambar yang tak bertudung di dalam laman sosial . Dan , tanpa awak sedar , awak telah mendedahkan aurat awak 24 jam di laman sosial . Ertinya , setiap hari dosa awak akan dicatat ."

Masa tu aku terfikir , Subhanallah . Banyaknya dosa aku . Start dari haritu , aku try delete gambar aku yang tidak berhijab . Tapi disebabkan terlalu banyak gambar aku tak bertudung , aku mengambil keputusan untuk deactive facebook aku . Memang sayang sebab facebook lah peneman aku tiap-tiap hari . Moreover , aku ramai kawan dari dalam dan luar negara kat facebook tu .

Lama-lama aku dah terbiasa tak ada facebook . Sekarang ni , aku main Twitter pulak . Hahaha . Lupa geng sungguh . Dan sekarang pun aku hanya post gambar-gambar aku yang berhijab .

Ada satu masalahnya . Aku masih tidak bertudung di dunia realiti .Ada banyak halangan untuk aku bertudung . Aku memang nak bertudung . Nak sangat . Tapi aku tak tahu nak mula dari mana . Aku ada tiga adik beradik . Semua perempuan . Dan semua tak pakai tudung .

Tapi , start bulan Februari kalau tak silap , aku slow-slow pakai tudung . Malu gila mula-mula . Sampaikan bila mak ayah aku ajak pergi bandar , aku tak nak sebab aku malu nak pakai tudung depan diaorang . Mak aku berniaga . Jadi dekat kedai mak aku tu , semua orang kenal aku . Bila pergi je kedai mak aku , aku tak pakai tudung . Tapi tidak sekarang . Aku beranikan diri aku .

Dan sekarang aku OFFICIALLY pakai tudung . Alhamdullillah ..


Hmm .. aku cuma nak beritahudekat korang betapa menyesalnya aku upload banyak gambar tak bertudung .  Terutama kaum hawa . Tengokla sekarang . Menyusahkan aku nak kena padam . hahaha . 

Thats all for today :)
Thank You .

Autolike Instagram Autofollowers Twitter

Hi . Tiba-tiba harini ada mood nak update blog .

Instagram anda kekurangan Likers? Sekarang zaman teknologi moden .. Tak payah susah-susah . Cara dia senang je . Download application di Play Store .

Ada banyak app untuk banyakkan Like . Ada yang untuk tambahkan followers . Tapi aku sarankan tak perlu download app yang untuk ramaikan followers . Iya . Memang berkesan tapi orang yang follow kita tu akan unfollow kita balik lepas dia check Following dia . Aku rasa kalau aku pun akan unfollow jugak sebab tiba-tiba je Following bertambah .

Dua application yang aku guna adalah :-
  • Get Likes on Instagram : Get Likes ni paling berkesan . Sekali click , terus dapat Likers . 
  • InstaLike : InstaLike ni dia okay . Tapi terlalu banyak adds(iklan) . Setiap 5 saat ada iklan . =,=


Ada banyak sebenarnya . Anda search je "Instagram Like" . Pilih je mana satu . 

Dan . Untuk ramaikan Followers kita di Twitter , aku guna application :-
  • Free Twitter Follower 

Application ni nak guna tersangatlah senang . Hanya perlu tulis username anda dan click submit . Tunggu 1-2 Minit . Followers anda akan bertambah . 

Thats all for today . 

Thank You .

Sunday, 1 December 2013

Bandung , Indonesia (20 March 2013)

Okay . Time ni aku tak puas hati dengan ayah aku . Ade ke patut , dia gerak kitaorang pukul 4.oo pagi?! Sedangkan flight pukul 8.oo pagi . Dan yang pastinya , nenek aku akan siap first-first sekali . Kitaorang tengah tidur , dia dah turun bawah dekat lobi . Tak sabar nak balik Malaysia katanya .


Kami sampai airport pukul 5.oo pagi . Sebenarnya airport dekat je dengan hotel yang kitaorang duduk . Tapi Teksi datang lambat . Sebab tu lambat pergi airport .


Oh . Masa tengah tunggu tu , ada seorang makcik Indoneisa ni .Kalau korang tengok dekat gambar nenek aku , korang akan nampak seorang makcik sebelah kiri . Tulah dia . Macam ni , dia bagi nenek aku nisan . Korang tau tak nisan tu apa? Eh . bukan batu nisan lah . Tanya mak korang . Dia pergi airport sebab nak hantar anak dia pergi Malaysia . Nenek aku ni tak tahu apa-apa . So dia ambillah nisan tu . Nisan tu dia letak dalam surat khabar . Ada banyak jugalah dia bagi . Lepas tu , ayah aku panggil mak aku . Ayah aku cakap bahaya . Kot-kot dia letak dadah dalam tu . Lagipun anak perempuan makcik tu nampak lain . Nampak macam mewah . So , ayah aku pun buang benda tu . Lebih baik rugi dari binasa .

So . Finally . 20 March 2013 , kami sekeluarga selamat sampai ke Malaysia . Pengalaman ke Bandung takkan aku lupakan . Terima Kasih (✿◠‿◠)




Tuesday, 6 August 2013

Bandung , Indonesia (19 March 2013)

Assalamualaikum w.b.t.
Keesokkan harinya , mak aku memang nak sangat pergi Pasar Baru . So lepas bangun , kitaorang naik teksi(2 buah) ke Pasar Baru . Nasib baik dekat . Bila sampai , harga satu teksi 40 000 Rupiah . Yay! Kita dah bijak dah sikit .

Then bila masuk je Pasar Baru , ada security suruh kita jaga elok sikit handbag. Nak elakkan kes ragut . Bahayanya .. Aku tak bawa beg , so aku selamat . Nenek aku bawa handbag . Aku terpaksa pegang handbag nenek aku sebab takut dia tak larat nak lawan 'peragut'. hahaha

Ada banyak sangat barang kat situ . Boleh guna duit Malaysia . Peniaga dari Malaysia pun ada . Barang dekat situ agak murah seperti yang dikatakan . Dan , semua orang pun tahu boleh tawar-menawar . Tapi ada juga barang yang mahal . Disebabkan Pasar Baru agak besar , kami tak jumpa jalan keluar pintu depan . Last-last keluar pintu belakang -_- .

Ya Allah , baru je keluar , terus ada orang jual barang . Diaorang serbu ! Nenek aku ni jenis suka melayan . Dia tanya harga , dia tawar harga , Tapi! Dia tak beli pun . Orang tukang jual tu ikut kitaorang sampai kitaorang dapat kereta nak balik . Pengemis pun sama . Ya Allah . Memang serabut gila-gila-gila . Tengah waktu serabut tu , Ayah aku cakap dia nak Beca . So kitaorang pun cepat naik beca . Ayah ambil 3 buah beca . 2 orang 1 beca .

Then , kitaorang pergi ke Toko Tiga . Toko Tiga merupakan kedai yang menjual Jeans . Kalau tak silap , Jeans-Jeans yang kedai Toko Tiga jual , semuanya Original .

Destinasi seterunya adalah makan! Wahhh .. Perut aku memang lapar masa tu . Kitaorang makan dekat restoran(tak ingat nama) . Satu masalah yang kami bimbang adalah , kami risau makanan yang dijual di Bandung mungkin ada yang tidak halal . So kami hanya minum air kosong je . Futhermore , kitaorang tak tahu aor apa yang dijual . Dan! Kitaorang masih lagi menaiki Beca ! Masa kitaorang tengah makan , pengayuh beca tu tunggu kitaorang sambil rehat .

Lepas dah habis penuhkan perut , kami ke Kartika Sari .

Kartika Sari adalah kedai menjual kek . Anda wajib datang kesini . Kek-kek dia sangat sedap . Ahhhhh .. Sedapnyerrrr .. Harga pun agak murah-murah . 

Dekat depan kedai tu ada mak bawak anak dia mintak sedekah . Dimerata tempat ada orang minta sedekah . Yang ini aku rasa cara unik dia minta sedekah . 

Lepas tu , kitaorang pun balik lah .. Yang sedihnya , kami balik hotel pukul 4 petang dan selepas balik hotel , kitaorang tak pergi mana-mana pun . Hmmmmm..

Wahhh .. Cuaca Bandung agak sejuk . So masa kitaorang naik Beca , nyaman gila rasa . Best . Kitaorang naik Teksi Beca sepanjang hari . Lepas sampai hotel , ayah uruskan wang bayar beca . 3 beca , 220 000 Rupiah bersamaan dengan RM 60 keatas . Mahal kan ? Baik naik teksi je . Memang mula-mula , pengayuh beca tu cakap murah je harga . Tapi bila sampai , dia suruh tambah harga . Aku ngan mak aku kesian dengan pengayuh tu . Ya lah . Dahlah jauh , berat-berat pula tu sorang-sorang . Kesian pulak rasa . Ayah aku pun bagi lah sikit tips dekat dia . 

Oh . sebelum tu kitaorang pergi Pasar Baru , hotel Patradisa ada sediakan breakfast untuk kitaorang . Wah .. Nasi dia masak sedap . Rasa serai . Tapi tea yang dia buat tawar ..

Sunday, 28 July 2013

Bandung , Indonesia (18 March 2013)

Assalamualaikum w.b.t .
Alhamdulillah akhirnya buat pertama kali , aku dapat juga pergi ke luar negara . Hasil kerja usaha Mak dan Ayah selama ini , aku dan keluarga telah ke Bandung , Indonesia pada tanggal 18 March 2013 hingga 20 March 2013 . Sekejap je kan? Tulah , tak puas rasa . Kami tidak pergi dengan agency , So kami tak pergi banyak tempat .

18 March 2013
Okay , aku pernah terfikir nak jadi Pramugari(woahh) . Tapi ! aku mabuk 'angin' . Lepas je turun dari aeroplane , aku cari tandas(nasib baik tandas dekat) , aku terus muntah . Woahh , tak tahan . Sejak tu , aku dah tak nak naik aeroplane lagi . Lepas habis semua benda check2 , Ayah cari Teksi . Sebenarnya tak payah cari pun . Keluar je , terus ada teksi merata tempat . Diaorang(pekerja teksi) siap ada walkie-talkie lagi . Nak pergi mana , call je , Sampai .

Okay . dah jumpa teksi . Ayah ambil 2 buah teksi sebab kami 6 orang . Ayah pun cakap nak pergi Hotel Kenanga . Then , pergi2 , hotel tu penuh . Lepas tu tukar pergi Hotel Patradisa .
Walaupun Hotel dia macam ni , tapi layanan dia sangat puas hati . Bilik pun besar . Kami sewa 3 malam . Harga 450 000 Rupiah(RM 135 keatas kot)



Okay , lepas sampai , nak bayar teksi , masa kat airport , dia cakap 40 000 Rupiah sebuah teksi , tapi bila sampai , dia cakap 200 000 Rupiah ?! 2 buah teksi 200 000 Rupiah?! Okay , masa tu kita bodoh2 lagi . Ayah pun bayar (-_-)


Tips 1
*Jangan percaya dengan teksi sangat . Kalau boleh , ikut meter . Sebelum naik teksi , tanya dia pakai meter tak . Kalau dia pakai . Anda mungkin selamat dari ditipu . 

Kami sampai disana jam 5 lebih . Di Bandung , cepat 1 jam dan pukul 5 lebih pun dah macam Maghrib . Tujuan kami adik-beradik kesana adalah untuk pergi ke Trans Studio Bandung . Lepas dah letak barang2 semua kat bilik , aku ajak Ayah pergi Trans Studio Bandung . Disebabkan Ma bawa Nenek sekali , So Ma dengan Nenek kena duduk kat hotel . Nenek aku ada masalah sakit lutut . Takkan nak tinggal nenek sorang duduk hotel . Jadi Ma teman nenek . 

Ayah aku pun pergi kat lobi hotel tu cakap nak pergi Trans Studio . Then pekerja disitu panggil pekerja lain suruh carikan teksi . Nampak tak layanan dia (Haaaa) . Pekerja tu pun pergi keluar , tahan teksi . Dan! Ayah aku tanya teksi tu pakai meter tak . Akhirnya bijak juga Ayah aku ni . Dia cakap dia pakai . Kitaorang pun naik . 

Betapa bengapnya aku , masa dalam teksi tu , aku tengok meter dia dah sampai 200 000 rupiah(RM60) . Berdebar aku . Dalam hati aku terfikir "Mati lah kitaorang kalau ayah tak cukup duit" . Sampai je Trans Studio Bandung , driver teksi tu cakap 90 000 . Fuhhh , lega aku . Lupa2nya aku tengok tadi tu sebenarnya 20 000(RM6) rupiah . 
Yay! Dah sampai pun Trans Studio Bandung !



Harga masuk 150 000 Rupiah untuk 2 orang . 1 orang 60 000 Rupiah . Kalau masa tu bulan hari jadi dia , Masuk adalah PERCUMA ! Wahh .. Kebetulan pulak haritu bulan hari jadi mak aku . Dan malangnya , Mak aku tak ikut . Lepas dah bayar2 semua . Kami masuk . Ayah aku tak masuk . Entahlah . Dia tunggu luar je . Memang agak puas hati pergi sana . Semua benda boleh masuk . First game kitaorg main adalah benda alah ni


Aku pernah tengok benda ni dalam TV . Mula2 memang aku tak nak naik . Adik aku pun tak nak . Kakak aku yang beria-ria nak naik . Takkan nak biar dia sorang . Aku pun naik lah . Fuhhh .. bapak gila Menyesal aku naik ! Aku Menangis ! Sumpah tak nak naik lagi dah . Aku rasa jantung aku dah tercabut . 

Then kitaorang pergi sana pergi sini . Last sekali kitaorang pergi tengok wayang 4D . Wayang 4D tu dalam 15 minit . First time aku masuk wayang sebesar tu . Canggih ! Kalau korang pergi , korang WAJIB masuk wayang ni . Aku tak tangkap gambar . Tapi aku jumpa gambar ni dalam Google . 

Then , kitaorang keluar sebab Trans Studio tutup pukul 9 malam . Tak puas rasa . Eh , orang Indonesia hensem2 . Ada sorang pekerja tu Bapak Gila Hensem . Kkkkkk .. Lepas keluar tu , Ayah ajak masuk Trans Studio Mall . 

Kami pergi malam . So nampak mewah sikit tempat tu . Fuhhh .. Mall tu kalau tengok , nampak macam Tan Sri , Dato , Datin je boleh masuk . Nak masuk pun , siap ada benda Check lagi . Kitaorang masuk buat muka selamba je . Rasa perut macam lapar . Kami pun pergi makan dekat dalam hotel tu . Ingatkan mahal , lupa-lupanya nasi goreng dia dalam RM5 lebih je .


Di Bandung , kebanyakkan tempat tutup pada pukul 9:00 malam . So kitaorang tak pergi banyak tempat sangat . Macam mana nak balik? Jangan risau .. Teksi ada dimerata tempat . Lepas je balik , penat . Kitaorang pun tidur .

Thursday, 26 April 2012

Nad Zainal datang sekolah?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pada blogger-blogger semua..Sihat?Hari ini , macam-macam berlaku .. Sini aku ceritakan . Kalau korang tak nak baca pun tak apa .. Tapi kalau korang baca,lagi bagus . =D

Firstly , 'Kotex' datang kat sekolah .. best giler . Kak Gigi/Jiji (tak tahu nak eja macam mana) yang bagi ceramah . Dia sporting doe . ceramah punya ceramah , pastu turn dia dah habis . Tiba turn kak Azura pula . senyap je dewan bila dia cakap . Laju gila cakap sebab masa itu tak cukup masa . tapi tak best lah dia bagi ceramah . Bosan . Tak senyum pun .. yelah .. senyum itu kan sedekah .. pastu tiba-tiba akak Nad Zainal datang . Semua budak sorok . tapi tak pergi terjah pun dia . Masa tu dia datang sebab dia  kan model Kotex . tengoklah Memberku Hawa hari Ahad ni . Tapi lepas habis je ceramah , berebut orang pergi dekat kereta yang Nad Zainal naik(nak minta tandatangan) . Aku nak minta , tapi ada ke patut , aku sanggup berkorban sampai tolak-tolak(sakit gila badan) pastu nak dekat dah , tiba-tiba , budak-budak tolak aku sampai ke belakang . Haishhh .. sakitlah hati . Tak sempat nak minta tandatangan dia .. Sedih! =( 
Terima kasih kerana sudi membaca =)