Thursday, 26 April 2012

Nad Zainal datang sekolah?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pada blogger-blogger semua..Sihat?Hari ini , macam-macam berlaku .. Sini aku ceritakan . Kalau korang tak nak baca pun tak apa .. Tapi kalau korang baca,lagi bagus . =D

Firstly , 'Kotex' datang kat sekolah .. best giler . Kak Gigi/Jiji (tak tahu nak eja macam mana) yang bagi ceramah . Dia sporting doe . ceramah punya ceramah , pastu turn dia dah habis . Tiba turn kak Azura pula . senyap je dewan bila dia cakap . Laju gila cakap sebab masa itu tak cukup masa . tapi tak best lah dia bagi ceramah . Bosan . Tak senyum pun .. yelah .. senyum itu kan sedekah .. pastu tiba-tiba akak Nad Zainal datang . Semua budak sorok . tapi tak pergi terjah pun dia . Masa tu dia datang sebab dia  kan model Kotex . tengoklah Memberku Hawa hari Ahad ni . Tapi lepas habis je ceramah , berebut orang pergi dekat kereta yang Nad Zainal naik(nak minta tandatangan) . Aku nak minta , tapi ada ke patut , aku sanggup berkorban sampai tolak-tolak(sakit gila badan) pastu nak dekat dah , tiba-tiba , budak-budak tolak aku sampai ke belakang . Haishhh .. sakitlah hati . Tak sempat nak minta tandatangan dia .. Sedih! =( 
Terima kasih kerana sudi membaca =)


No comments:

Post a Comment