Tuesday, 6 August 2013

Bandung , Indonesia (19 March 2013)

Assalamualaikum w.b.t.
Keesokkan harinya , mak aku memang nak sangat pergi Pasar Baru . So lepas bangun , kitaorang naik teksi(2 buah) ke Pasar Baru . Nasib baik dekat . Bila sampai , harga satu teksi 40 000 Rupiah . Yay! Kita dah bijak dah sikit .

Then bila masuk je Pasar Baru , ada security suruh kita jaga elok sikit handbag. Nak elakkan kes ragut . Bahayanya .. Aku tak bawa beg , so aku selamat . Nenek aku bawa handbag . Aku terpaksa pegang handbag nenek aku sebab takut dia tak larat nak lawan 'peragut'. hahaha

Ada banyak sangat barang kat situ . Boleh guna duit Malaysia . Peniaga dari Malaysia pun ada . Barang dekat situ agak murah seperti yang dikatakan . Dan , semua orang pun tahu boleh tawar-menawar . Tapi ada juga barang yang mahal . Disebabkan Pasar Baru agak besar , kami tak jumpa jalan keluar pintu depan . Last-last keluar pintu belakang -_- .

Ya Allah , baru je keluar , terus ada orang jual barang . Diaorang serbu ! Nenek aku ni jenis suka melayan . Dia tanya harga , dia tawar harga , Tapi! Dia tak beli pun . Orang tukang jual tu ikut kitaorang sampai kitaorang dapat kereta nak balik . Pengemis pun sama . Ya Allah . Memang serabut gila-gila-gila . Tengah waktu serabut tu , Ayah aku cakap dia nak Beca . So kitaorang pun cepat naik beca . Ayah ambil 3 buah beca . 2 orang 1 beca .

Then , kitaorang pergi ke Toko Tiga . Toko Tiga merupakan kedai yang menjual Jeans . Kalau tak silap , Jeans-Jeans yang kedai Toko Tiga jual , semuanya Original .

Destinasi seterunya adalah makan! Wahhh .. Perut aku memang lapar masa tu . Kitaorang makan dekat restoran(tak ingat nama) . Satu masalah yang kami bimbang adalah , kami risau makanan yang dijual di Bandung mungkin ada yang tidak halal . So kami hanya minum air kosong je . Futhermore , kitaorang tak tahu aor apa yang dijual . Dan! Kitaorang masih lagi menaiki Beca ! Masa kitaorang tengah makan , pengayuh beca tu tunggu kitaorang sambil rehat .

Lepas dah habis penuhkan perut , kami ke Kartika Sari .

Kartika Sari adalah kedai menjual kek . Anda wajib datang kesini . Kek-kek dia sangat sedap . Ahhhhh .. Sedapnyerrrr .. Harga pun agak murah-murah . 

Dekat depan kedai tu ada mak bawak anak dia mintak sedekah . Dimerata tempat ada orang minta sedekah . Yang ini aku rasa cara unik dia minta sedekah . 

Lepas tu , kitaorang pun balik lah .. Yang sedihnya , kami balik hotel pukul 4 petang dan selepas balik hotel , kitaorang tak pergi mana-mana pun . Hmmmmm..

Wahhh .. Cuaca Bandung agak sejuk . So masa kitaorang naik Beca , nyaman gila rasa . Best . Kitaorang naik Teksi Beca sepanjang hari . Lepas sampai hotel , ayah uruskan wang bayar beca . 3 beca , 220 000 Rupiah bersamaan dengan RM 60 keatas . Mahal kan ? Baik naik teksi je . Memang mula-mula , pengayuh beca tu cakap murah je harga . Tapi bila sampai , dia suruh tambah harga . Aku ngan mak aku kesian dengan pengayuh tu . Ya lah . Dahlah jauh , berat-berat pula tu sorang-sorang . Kesian pulak rasa . Ayah aku pun bagi lah sikit tips dekat dia . 

Oh . sebelum tu kitaorang pergi Pasar Baru , hotel Patradisa ada sediakan breakfast untuk kitaorang . Wah .. Nasi dia masak sedap . Rasa serai . Tapi tea yang dia buat tawar ..

No comments:

Post a Comment